Persepsi dan Minat Mahasiswa Tahfiz terhadap Pembelajaran Bahasa Arab
Keywords:
tahfiz, persepsi, minatAbstract
Persepsi dan minat mahasiswa merupakan aspek yang mampu memberikan kesan kepada sesuatu pembelajaran. Persepsi yang positif dan baik memberikan gambaran yang baik dan mampu meningkatkan minat terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Apabila tahap minat meningkat, individu tersebut akan melakukan sesuatu perkara dengan lebih bersungguh-sungguh. Justru, dalam pembelajaran bahasa Arab, persepsi dan minat memainkan peranan dalam menentukan keberkesanan pembelajaran. Kajian ini melibatkan 81 orang pelajar Tahfiz di MA DU PUI Majalengka. Program ini merupakan program persediaan yang dikelolakan oleh Pusat Islam MA DU PUI Majalengka. Program ini adalah selama sepuluh bulan sebagai persediaan para pelajar menduduki tujuh subjek untuk menghabiskan hafalan al-Quran. Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap minat pelajar Tahfiz terhadap pembelajaran bahasa Arab serta hubungan antara persepsi setelah mempelajari bahasa Arab dengan minat mahasiswa terhadap pembelajaran bahasa Arab. Selain itu juga, penelitian ini bertujuan menganalisis dan memaparkan pengaruh persepsi setelah mempelajari bahasa Arab terhadap minat pelajar dalam bahasa Arab.
Terdapat hubungan yang signifikan positif antara persepsi dengan minat dalam pembelajaran bahasa Arab yang disokong dengan kolerasi koefisyen (r = 0. 673, p < 0.01). Hubungan antara pemboleh ubah ini adalah positif dan menunjukkan semakin baik persepsi mahasiswa, semakin tinggi minat mereka dalam pembelajaran bahasa Arab. Pengaruh persepsi terhadap minat menunjukkan bahawa 45.3% (R2=0.453) faktor persepsi mempengaruhi minat terhadap bahasa Arab dan F- statistik (F = 65.483) sangat besar dan nilai p yang signifikan (0.000) atau lebih kecil daripada nilai alpha 0.01. Berdasarkan dapatan yang diperoleh, ia menunjukkan persepsi mempunyai pengaruh yang besar dalam meningkatkan minat seseorang.